![]() |
| nie aku ngn kakak kandung aku ... name die Nur Liyana .. |
Monday, August 30, 2010
Friday, August 27, 2010
pLaN kaMiey !
Sunday, August 22, 2010
mutiara kata
tiada satu anugerah yg lebih mulia diberikan oleh seorg ayah
kepada anknya selain drpd tunjuk ajar dan budi pekerti yg baik
-At-Tarmizi-
kesabaran adalah minyak pelincir bagi roda kehidupan
-W.J. Brown-
orang yg bersifat ikhlas itu selalu tahu bahawa,
membalas kebaikan dgn kebaikan adalah biasa,
membalas kejahatan dgn kejahatan adalah rendah budi,
membalas kebaikan dengan kejahatan adalah org yg tdk berbudi,
membalas kejahatan dgn kebaikan adalah org yg berbudi tinggi ...
-Zahid-
hati orang yg bodoh berada dalam mulutnya,
tetapi mulut org yg cerdik berada dalam hatinya,
-Benjamin Franklin-
orang yg budiman ialah orang yg menghargai dan
mengakui kelebihan bakat temannya
-confucius-
barang siapa yg ingin menjadikan dirinya pemimpin,
maka mula-mula sekali hendaklah memimpin
dirinya sendiri sebelum memimpin orang lain
-Ali Bin Abi Talib-
manusia yg terlalu memikirkan akibat daripada sesuatu keputusan atau tindakan,
sampai bila-bila pun tidak akan mnjadi orang yang berani
-Saiyidina Ali b.Abi Talib-
pelajaran ialah satu pelaburan modal yang amat mustahak utk membina
sesuatu masyarakat dan kemudahan pelajaran menjadi jaminan untuk kearah perubahan
pemikiran , bentuk dan masyarakat kita , sama ada di kampung mahupun dibandar
-Tun Abdul Razak-
manusia yg berakal ialah manusia yg suka menerima dan meminta nasihat
-Umar Al-Khattab-
apabila kita tidak sabar dengan apa yg kita sukai , maka bagaimana kita akan sabar
atas apa yg kita tidak sukai ?
-Abu Sulaiman Ad-Darani-
kalau nyata bahawa harta benda
tidak dapat menangkis sakit
tidak dapat menolak demam ,
tidak dapat menghindar maut ,
nyatalah bahawa kesusahan yg menimpa orang kaya
serupa dengan kesusahan yg menimpa
orang miskin
-Hamka-
orang yg ingin menggoncang dunia terlebih dahulu harus
menggongcang dirinya sendiri
-Socrates-
kegagalan adalah peluang untuk bermula sekali lagi dengan lebih bijaksana
-Henry Ford-
gmbar bawah nie tak ada kena mgena dgn ini cerita .. hehee
![]() |
| prefect of SMKBBS ! |
Friday, August 20, 2010
STUDY and FRIENDSHIP
Light a candle of friendship
Never let its flame burn low
For all the world can be lighted
By one candle's friendly glow
Friendship is a lovely rose
That never fades away
It meets both rain and sunshine
And grows sweeter everyday
Learn while you are not old
For knowledge is better than silver and gold
For gold and silver will fade away
But a good educatiob will never decay
Think of future
Think of learning
But don't forget the person
Who wrote this when we apart
Be slow to fall into friendship
But once you're in it
Be constant and true
Flowers are to see
Not to break
Friendship is to make
And never to crack
my classmates ! love u all ! (study together)
![]() |
| friend ! enjoy together |
anak-anak mudah lupa
~semasa kita berumur 1 tahun , ibu akan menyuap kita & memandikan kita . Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam .. semasa kita berumur 3 tahun , ibu menyiapkan makanan teristimewa dan berzat untuk kita . Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai ... semasa kita berumur 4 tahun , ibu membelikan kita krayon , kita membalas budinya dengan menconteng dinding di rumah .. semasa kita berumur 5 tahun , ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya . Kita membalas budinya mengotorkan baju .. semasa kita berumur 7 tahun , ibu menghantar kita ke sekolah . Kita membalas budinya dengan menjerit "SAYA TAK NAK PERGI SEKOLAH" ... semasa kita berumur 10 tahun , ibu menghantar kita ke kelas tuisyen , membawa kita bershopping , menghantar kita ke rumah kawan-kawan kita . Kita tidak langsung menoleh dan mengucapkan terima kasih .. apabila kita berumur 11 tahun , ibu membelikan kita sebiji bola . Kita membalas budinya dengan memecahkan tingkap cermin ..semasa kita berumur 12 tahun , ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak bermain video game . kita membalas budinya dengan terlalu asyik bermain video game sebaik sahaja ibu keluar . Apabila kita berumur 13 tahun , ibu menegur fesyen rambut dan gaya kita . kita membalas budinya dengan berkata bahawa ibu tiada "TASTE" .. Apabila kita berumur 16 tahun , ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik kerja sehari suntuk . Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita sendirian di dalam bilik .. Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus dalam peperikasaan , ibu menangis kegembiraan . Kita membalas budinya dengan tidak pulang sehingga larut malam kerana enjoy dan celebrate dengan kawan-kawan .. Apabila kita berumur 19 tahun , ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke universiti , mengangkat beg kita dengan penuh kasih sayang sampai ke Hostel kita . Kita membalas jasa ibu dengan tidak bersalaman dengan ibu di luar dorm , takut malu dilihat kawan-kawan ... Apabila kita berumur 20 tahun , ibu bertanya dengan rasa prihatin " KAMU ADA GIRLFRIEND/BOYFRIEND ? " kita membalas budinya dengan berkata " IBU NI SIBUK LAH " ... semasa kita berumur 21 tahun , ibu bertanya apakah cita-cita kita . Kita membalas budinya dengan berkata " SAYA TAK NAK JADI MACAM IBU " .. Apabila kita berumur 23 tahun , Kita mendapat kerja pertama dan tinggal di rumah sendiri . Ibu membelikan kita baju utk memulakan kerja baru , Kita membalas budinya dengan berkata " IBU NI KETINGGALAN ZAMAN LAH " .. Apabila kita berumur 25 tahun , dan berumah tangga , ibu menangis dan berkata betapa ibu kasih dan sayang kita , Kita membalas budinya dengan berpindah 300km jauhnya .. Apabila kita berumur 27 tahun , ibu menelefon dan memberi nasihat tentang penjagaan anak kita . Kita membalas budinya dengan berkata "ZAMAN SEKARANG LAIN LA IBU " ... Apabila kita berumur 35 tahun , ibu menelefon dan memaklumkan majlis kenduri di kampung .Kita membalas budinya dengan berkata " SAYA SIBUK , IBU " .. Apabila kita berumur 40 tahun , ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan kasih sayang daripada kita . Kita membalas budi ibu dengan datang melawat ibu sekali dengan membawa sedikit buah epal dan merungut tentang kesibukan kerja dan terpaksa balik segera . Dan ................. kemudian , suatu hari ibu meninggal dunia ... tidakkah sempat utk kita membalas segala jasa-jasa ibu ... INGATLAH SELAGI IBU HIDUP , KASIHI DAN SAYANGI IBU , JIKA SUDAH TIADA , INGATLAH JASA IBUMU ...............
![]() |
aku bersyukur aku masih punya ibu .. mama : adik sayang mama sgt2 ! tdk terbalas jasamu mama !! |
![]() |
| family besar belah abah .. family paknyah tiada disini .. he3 |
Subscribe to:
Comments (Atom)










