Sunday, August 22, 2010

mutiara kata

tiada satu anugerah yg lebih mulia diberikan oleh seorg ayah
kepada anknya selain drpd tunjuk ajar dan budi pekerti yg baik
-At-Tarmizi-

kesabaran adalah minyak pelincir bagi roda kehidupan
-W.J. Brown-

orang yg bersifat ikhlas itu selalu tahu bahawa,
membalas kebaikan dgn kebaikan adalah biasa,
membalas kejahatan dgn kejahatan adalah rendah budi,
membalas kebaikan dengan kejahatan adalah org yg tdk berbudi,
membalas kejahatan dgn kebaikan adalah org yg berbudi tinggi ...
-Zahid-

hati orang yg bodoh berada dalam mulutnya,
tetapi mulut org yg cerdik berada dalam hatinya,
-Benjamin Franklin-

orang yg budiman ialah orang yg menghargai dan
mengakui kelebihan bakat temannya
-confucius-

barang siapa yg ingin menjadikan dirinya pemimpin,
maka mula-mula sekali hendaklah memimpin
dirinya sendiri sebelum memimpin orang lain
-Ali Bin Abi Talib-

manusia yg terlalu memikirkan akibat daripada sesuatu keputusan atau tindakan,
sampai bila-bila pun tidak akan mnjadi orang yang berani
-Saiyidina Ali b.Abi Talib-

pelajaran ialah satu pelaburan modal yang amat mustahak utk membina
sesuatu masyarakat dan kemudahan pelajaran menjadi jaminan untuk kearah perubahan
pemikiran , bentuk dan masyarakat kita , sama ada di kampung mahupun dibandar
-Tun Abdul Razak-

manusia yg berakal ialah manusia yg suka menerima dan meminta nasihat
-Umar Al-Khattab-

apabila kita tidak sabar dengan apa yg kita sukai , maka bagaimana kita akan sabar
atas apa yg kita tidak sukai ?
-Abu Sulaiman Ad-Darani-

kalau nyata bahawa harta benda
tidak dapat menangkis sakit
tidak dapat menolak demam ,
tidak dapat menghindar maut ,
nyatalah bahawa kesusahan yg menimpa orang kaya
serupa dengan kesusahan yg menimpa
orang miskin
-Hamka-

orang yg ingin menggoncang dunia terlebih dahulu harus
menggongcang dirinya sendiri
-Socrates-

kegagalan adalah peluang untuk bermula sekali lagi dengan lebih bijaksana
-Henry Ford-



gmbar bawah nie tak ada kena mgena dgn ini cerita .. hehee

prefect of SMKBBS !




No comments:

Post a Comment