Friday, August 20, 2010

anak-anak mudah lupa

~semasa kita berumur 1 tahun , ibu akan menyuap kita & memandikan kita . Kita membalas budinya dengan menangis sepanjang malam .. semasa kita berumur 3 tahun , ibu menyiapkan makanan teristimewa dan berzat untuk kita . Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai ... semasa kita berumur 4 tahun , ibu membelikan kita krayon , kita membalas budinya dengan menconteng dinding di rumah .. semasa kita berumur 5 tahun , ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya . Kita membalas budinya mengotorkan baju .. semasa kita berumur 7 tahun , ibu menghantar kita ke sekolah . Kita membalas budinya dengan menjerit "SAYA TAK NAK PERGI SEKOLAH" ... semasa kita berumur 10 tahun , ibu menghantar kita ke kelas tuisyen , membawa kita bershopping , menghantar kita ke rumah kawan-kawan kita . Kita tidak langsung menoleh dan mengucapkan terima kasih .. apabila kita berumur 11 tahun , ibu membelikan kita sebiji bola . Kita membalas budinya dengan memecahkan tingkap cermin ..semasa kita berumur 12 tahun , ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak bermain video game . kita membalas budinya dengan terlalu asyik bermain video game sebaik sahaja ibu keluar . Apabila kita berumur 13 tahun , ibu menegur fesyen rambut dan gaya kita . kita membalas budinya dengan berkata bahawa ibu tiada "TASTE" .. Apabila kita berumur 16 tahun , ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik kerja sehari suntuk . Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita sendirian di dalam bilik .. Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus dalam peperikasaan , ibu menangis kegembiraan . Kita membalas budinya dengan tidak pulang sehingga larut malam kerana enjoy dan celebrate dengan kawan-kawan .. Apabila kita berumur 19 tahun , ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke universiti , mengangkat beg kita dengan penuh kasih sayang sampai ke Hostel kita . Kita membalas jasa ibu dengan tidak bersalaman dengan ibu di luar dorm , takut malu dilihat kawan-kawan ... Apabila kita berumur 20 tahun , ibu bertanya dengan rasa prihatin " KAMU ADA GIRLFRIEND/BOYFRIEND ? " kita membalas budinya dengan berkata " IBU NI SIBUK LAH " ... semasa kita berumur 21 tahun , ibu bertanya apakah cita-cita kita . Kita membalas budinya dengan berkata " SAYA TAK NAK JADI MACAM IBU " .. Apabila kita berumur 23 tahun , Kita mendapat kerja pertama dan tinggal di rumah sendiri . Ibu membelikan kita baju utk memulakan kerja baru , Kita membalas budinya dengan berkata " IBU NI KETINGGALAN ZAMAN LAH " .. Apabila kita berumur 25 tahun , dan berumah tangga , ibu menangis dan berkata betapa ibu kasih dan sayang kita , Kita membalas budinya dengan berpindah 300km jauhnya .. Apabila kita berumur 27 tahun , ibu menelefon dan memberi nasihat tentang penjagaan anak kita . Kita membalas budinya dengan berkata "ZAMAN SEKARANG LAIN LA IBU " ... Apabila kita berumur 35 tahun , ibu menelefon dan memaklumkan majlis kenduri di kampung .Kita membalas budinya dengan berkata " SAYA SIBUK , IBU " .. Apabila kita berumur 40 tahun , ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan kasih sayang daripada kita . Kita membalas budi ibu dengan datang melawat ibu sekali dengan membawa sedikit buah epal dan merungut tentang kesibukan kerja dan terpaksa balik segera . Dan ................. kemudian , suatu hari ibu meninggal dunia ... tidakkah sempat utk kita membalas segala jasa-jasa ibu ... INGATLAH SELAGI IBU HIDUP , KASIHI DAN SAYANGI IBU , JIKA SUDAH TIADA , INGATLAH JASA IBUMU ...............


aku bersyukur aku masih punya ibu .. mama : adik sayang mama sgt2 ! tdk terbalas jasamu mama !! 


family besar belah abah .. family paknyah tiada disini .. he3

No comments:

Post a Comment